Polis sekat militan IS wujudkan kem latihan di Malaysia

KHALID ABU BAKAR / WAWANCARA KHAS HARI POLIS KE 208

BANGI, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kumpulan militan pelampau IS tidak berjaya mewujudkan kem latihan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak menafikan wujud kem latihan militan IS di rantai Asia Tenggara khususnya di selatan Filipina yang memberi sokongan kepada organisasi itu.

“Kita sahkan, tidak ada kem latihan untuk kanak-kanak atau dewasa di Malaysia untuk IS. Tetapi di Asean memang ada.

“Memang mereka akan cuba mengadakan kem latihan di mana sahaja. Tetapi tanggungjawab kita untuk mengawasi dan mengelak sebelum perkara itu berlaku,” katanya.

Baru-baru ini, pakar pengganas Rohan Gunaratna dalam makalahnya kepada Straits Times berkata IS berhasrat untuk mewujudkan cawangan di Filipina dan Indonesia, pada tahun ini.

Pendapat itu menyusuli laporan empat kumpulan militan di selatan Filipina telah bergabung tenaga dan mengisytiharkan kesetiaan kepada ‘kekhalifahan’ IS.

Menurut Rohan, meskipun tentera Indonesia berjaya memintas rancangan untuk mengisytiharkan negara satelit di timur Indonesia, gerakan militan itu bertekad mahu mengisytiharkan sekurang-kurangnya satu wilayah IS di rantau Asia pada 2016.

Beliau berpendapat sekiranya IS berjaya mewujudkan kawasan selamat di Kepulauan Sulu, ia akan menjadi tempat pelancaran operasi pengganas ke serata Filipina, dan Malaysia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian