Sambutan menggalakkan kempen Jom Makan Ubi
KUALA TERENGGANU, Ahad – Sempena kedatangan tahun baharu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan kempen Jom Makan ubi di negeri Terengganu.
Pengarah FAMA negeri Hasan Jusoh berkata sebagai permulaan, pihaknya mengadakan promosi makan ubi di tapak pasar tani Jerteh, Besut hari ini.
“Kempen jom makan ubi julung kali diadakan minggu lepas di Pasar Tani Padang Hiliran Kuala Terengganu yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Hasan berkata untuk promosi hari ini, FAMA menyediakan kira-kira 100 kilogram pelbagai jenis ubi untuk dinikmati secara percuma oleh pengunjung pasar tani Jerteh.
“Pihak FAMA juga menyediakan ruang-ruang perniagaan di pasar-pasar tani di negeri ini untuk membolehkan petani memasarkan ubi selepas ini,” katanya. – Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan