Sarawak adakan Pilihan Raya Negeri 30 April, penamaan calon 18 April

prnwak

KUCHING, Sabtu – Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 30 April ini. Demikian diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, malam tadi.

Katanya, beliau telah mengemukakan tarikh yang dicadangkan bagi PRN Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, beliau turut mencadangkan kepada SPR supaya 18 April adalah tarikh penamaan calon.

Beliau membuat kejutan itu ketika berucap merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, malam tadi.

“Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 30 April,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun tahun ini.

PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 2011 menyaksikan BN mengekalkan majoriti dua pertiga DUN Sarawak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?