Saya tak buat salah apa-apa, kata Mukhriz

mukhrzi

SUBANG, Jumaat – Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang membolehkan UMNO mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau.

“Saya tidak fikir saya ada lakukan sebarang kesalahan,” kata Mukhriz ketika ditemui pemberita malam tadi selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di sini dari Pulau Pinang.

Beliau enggan mengulas lanjut sekiranya terdapat sebarang tindakan disiplin akan diambil ke atas 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah yang dilaporkan membuat gesaan supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang rancangan membabitkan 14 individu berkenaan.

“Tiada rancangan lagi, hanya tunggu dan lihat,” kata Mukhriz.

Selasa lalu, kumpulan yang sudah lama tidak puas hati dengan pelantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar selepas Barisan Nasional (BN) menawan semula Kedah daripada PAS yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen UMNO, mengadakan perjumpaan dan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim menyebabkan ramai pihak mengatakan Datuk Seri Najib Razak sudah mengetahui rancangan menggulingkan Mukhriz, tetapi membiarkan saja.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian