Sistem kewangan Islam perlu diperkukuh dengan penggunaan dinar emas: Rais

MDF45299
KUALA LUMPUR, Ahad – Sistem kewangan Islam perlu diperkukuh lagi menerusi penggunaan dinar emas sebagai alternatif dalam sistem kewangan dunia, saran Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa Majlis Pendidik Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE) Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, berkata sistem kewangan masa kini tidak seharusnya terhad kepada penggunaan dolar US (Amerika Syarikat) semata-mata, memandangkan kegemilangan sistem kewangan berasaskan Syariah yang menggunakan dinar emas, telah terbukti oleh kerajaan Islam sebelum ini.

“Islam mampu mewujudkan kewangan alternatif, tapi oleh sebab ketidakbersatuan kita dalam banyak hal, terutama politik, ekonomi, keagamaan dan lain-lain, maka kita tertinggal dalam menggunakan konsep dinar dalam denominasi kewangan sebahagian dunia.

“Kita perlu mencari alternatif sebab sistem Syariah dan kewangannya dan perbankannya sudah jelas mendapat pengiktirafan bank dunia,” katanya pada sidang media di sini.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agung ke-2 ICIFE yang dihadiri 120 peserta mewakili 21 negara.

Justeru katanya, ICIFE akan mengusulkan penggunaan dinar emas ke peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), untuk dibincangkan.

“Sebenarnya cadangan (penggunaan dinar emas) sudah dibahas sejak 1982 lagi, tapi belum ada pihak yang membawanya ke peringkat antarabangsa seperti ke OIC atau pun kepada pihak yang menganjurkan konvension kewangan dan perbankan. Sekurang-kurangnya OIC dapat menentu arah mana kita nak tuju,” katanya.

Rais berkata penggunaan dinar tersebut logik untuk diperjuangkan di peringkat ASEAN memandangkan lebih separuh daripada 500 juta penduduk ASEAN beragama Islam.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?