Tambak laut bukan alasan untuk kerajaan Pulau Pinang cari modal: Dr Hilmi

nelayan_fishermen_pulau_pinang_mogok_2_13122015BALIK PULAU, Ahad- Projek menambak laut di Permatang Damar Laut dekat sini bukan kaedah terbaik yang perlu dilaksanakan bagi mencari modal untuk menampung kos pembangunan infrastruktur pengangkutan di Pulau Pinang, kata Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Himi Yahaya.

Beliau berkata alasan kerajaan negeri itu tidak boleh diterima sama sekali kerana pelaksanaannya akan memberi kesan negatif kepada banyak pihak.

“Tindakan (cadangan) itu dilihat akan memberi kesan serius kepada 1,500 nelayan dari segi kemerosotan mata pencarian kerana mereka bergantung hidup dengan hasil tangkapan laut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Pulau Betong, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow baru-baru ini dilaporkan berkata, projek itu dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mencari modal bagi melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan kos RM27 bilion.

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, justeru pihaknya menggesa agar kerajaan negeri mengkaji semula keputusan meluluskan projek itu demi nasib rakyat dan keseimbangan hidupan marin di kawasan itu.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata rancangan tambakan laut itu pernah dicadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah Pulau Pinang kira-kira 15 tahun lalu, namun ditolak kerana memberi kesan kepada nelayan.

“Pada pendapat saya cadangan untuk projek LRT dan MRT itu tidak akan berjaya kerana penduduk di bahagian pulau memang lebih selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk ke mana-mana kerana ia lebih cepat.

“Jadi apa sebenarnya tujuan kerajaan negeri nak bangunkan projek-projek rangkaian infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam yang menelan belanja begitu besar itu,” katanya.

Katanya, beliau akan mengemukakan bantahan nelayan mengenai penambakan laut itu dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang esok (Ahad) dan akan membawa perkara itu ke peringkat kerajaan pusat untuk tindakan lanjut.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?