‘Jangan guna Manuka Honey dari New Zealand’

photo_2016-02-29_20-41-34

PUTRAJAYA, Isnin – Orang ramai dilarang menggunakan madu diimport dari New Zealand jenama Manuka Honey selepas pengeluarnya Evergreen Life Limited menarik balik produk berkenaan daripada pasaran.

Serentak itu, Kementerian Kesihatan sudah mengenakan larangan import madu jenama berkenaan berkuat kuasa semalam selepas ia dibimbangi mengandungi bahan terlarang.

Penarikan balik produk madu itu dibuat kerana maklumat mengatakan kemungkinan ada bahan tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone dan methylglyoxal yang digunakan dalam pemprosesannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, larangan import itu berkuat kuasa semalam dan pengguna yang telah membeli produkitu dinasihatkan supaya tidak memakan produk tersebut serta memulangkannya kepada penjual.

“Walaupun tidak ada bahaya keselamatan makanan, pengguna yang telah memakanproduk ini dan mempunyai keraguan terhadap kesihatan mereka boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya memulakan tindakan susulan selepas penarikan balik produk itu dilaporkan dalam laman web Kementerian Perusahaan Utama New Zealand.

Katanya, semakan data import dari 2015 hingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan produk terbabit dibawa masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan pihaknya juga dimaklumkan oleh pihak pengimport produk tersebut bahawa mereka sedang menarik balik Manuka Honey daripada pasaran secara sukarela.

Beliau berkata, ini kerana dua bahan tidak dibenarkan, ditambah pada makanan tersebut mengikut Akta Makanan 1983.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?