Kerajaan sedia 5 program tingkat penglibatan syarikat bumiputera dalam industri halal

serizahidhamidi1KUALA LUMPUR, Isnin – Kerajaan telah menyediakan lima program kerjasama antara kementerian dan agensinya bagi meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam industri halal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, program berkenaan diwujudkan untuk meningkatkan sumbangan eksport barangan halal oleh syarikat Bumiputera.

“Secara amnya, sumbangan syarikat Bumiputera kepada ekonomi halal negara adalah kecil.

“Oleh itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, bantuan dan bimbingan yang dapat melipat gandakan penglibatan Bumiputera dalam industri halal,” kata Ahmad Zahid dalam ucapan beliau pada majlis Forum Penglibatan Bumiputera Dalam Industri Halal, di sini, hari ini.

Program-program tersebut ialah program pembangunan vendor, program Global Halal Data Pool, program Kitchen Incubation, program bimbingan kepada syarikat yang gagal mendapatkan sijil halal dan program Halal Franchise. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?