Malaysia sertai latihan tentera negara Islam Arab Saudi

tentera

RIYADH, Ahad – Malaysia antara 20 negara yang menyertai latihan ketenteraan ‘guruh utara’ bermula semalam, bertujuan mewujudkan gabungan tentera Islam bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara-negara Islam dan rantau Teluk.

Latihan yang secara rasmi dilancarkan di Hafr Al-Batin di timur Arab Saudi itu adalah sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang mahu menimbulkan masalah.

Dua puluh negara Arab dan Islam, termasuk pasukan tentera gabungan diketuai Arab Saudi yang menyerang Yaman, terbabit dalam latihan itu.

Negara terbabit ialah, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Senegal, Sudan, Kuwait, Maldives, Morocco, Pakistan, Chad, Turki, Tunisia, Comoros, Djibouti, Oman, Qatar, Malaysia, Mesir and Mauritania.

Menurut sumber, kira-kira 150,000 tentera, 2,540 pesawat pejuang, 20,000 kereta kebal dan 460 helikopter terbabit dalam latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah negara Islam moden di wilayah itu.

Jurucakap gabungan tentera Arab, Brig Jeneral Ahmad Al-Assiri, berkata latihan itu bertujuan mencapai tahap paling tinggi dalam persediaan, pertukaran kepakaran dan menggalakkan penyelarasan ketenteraan di antara negara yang mengambil bahagian.

Hafr Al-Batin terletak di timur Arab Saudi, kira-kira 430 kilometer ke utara Riyadh dan 94.2 kilometer dari sempadan Kuwait. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?