Obama tandatangani undang-undang halang boikot Israel
WASHINGTON, Ahad – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama minggu ini menandatangani undang-undang menghalang pembatalan perjanjian perdagangan bagi melindungi Israel daripada diboikot, penjualan dan sekatan oleh negara-negara yang menentang pendudukan berterusan rejim Zionis itu di Palestin.
Perjanjian itu – Akta Penguatkuasaan Fasiliti dan Perdagangan 2015 – diluluskan oleh Senat AS dengan 75 menyokong dan 20 menentang pada 11 Februari lalu sebelum ditandatangani Obama, Rabu lalu.
Perjanjian itu menegaskan bahawa Kongres AS ‘menentang tindakan bermotifkan politik yang menghukum atau sebaliknya mengehadkan hubungan perdagangan khusus dengan Israel’.
Akta itu juga menyebut bahawa Kongres ‘menyokong usaha untuk mengelakkan organisasi antarabangsa atau kerajaan daripada menjalankan penyiasatan atau pendakwaan terhadap warga AS yang berurusan dengan ‘Israel, entiti Israel’, atau dalam mana-mana wilayah yang dikuasai oleh Israel’.
Peruntukan itu membolehkan rakyat AS memiliki kekebalan dalam menjalankan perdagangan dengan pendatang haram Israel. Istilah yang digunakan bagaimanapun gagal membezakan pendatang haram Israel dari negeri Israel.
Istilah itu didapati melanggar polisi pegawai AS yang menentang penempatan haram Yahudi di tanah diduduki di timur Jerusalem dan Tebing Barat.
Rumah Putih berkata, Obama menandatangani perjanjian itu untuk dijadikan undang-undang yang bertujuan ‘membantu mengukuhkan penguatkuasaan peraturan dan taraf yang sama bagi pekerja dan perniagaan Amerika’.
Kerajaan AS menentang pemboikotan, penjualan dan sekatan terhadap Israel, manakala undang-undang AS pula tidak membenarkan produk dari penempatan haram Israel dilabelkan sebagai ‘Made in Israel’.
Pemboikotan, penjualan dan sekatan dagangan bertujuan memberi tekanan kepada rejim Tel Aviv yang terus menceroboh tanah Palestin. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan