PDRM panggil penganjur kursus fahaman komunis
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyekat usaha segelintir kumpulan yang cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.
Sehubungan itu, PDRM tidak akan membenarkan Kursus Marxisme Kilat anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama Gabungan Kiri, diadakan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan menerusi Twitternya berkata, polis akan memanggil penganjur kursus itu untuk memberi keterangan berhubung penganjuran program tersebut.
“Usaha menghidupkan fahaman Komunis. @PDRMsia tidak akan membenarkan kursus ini dijalankan. Penganjur akan dipanggil,” katanya.
Kursus terbuka ini dijadualkan berlangsung pada 20 Mac ini di Dewan Budaya, Petaling Jaya
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan