Permainan ala tiki-taka jadi senjata Pasukan Johor
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, Jumaat – Permainan hantaran pendek ala tiki taka menjadi kekuatan skuad bola sepak Isma Johor Darul Takzim sebagai persiapan menghadapi perlawanan Piala Presiden Isma 2016 pada 5 dan 6 Mac ini.
Menurut Pengurus Pasukan Isma Johor, Muhamad Iqbal Hakim Mohd Tahir, permainan jenis ini memerlukan keserasian yang kuat antara semua pemain.
“Saya yakin kami mampu mencapai keserasian tersebut sebelum hari kejohanan kerana kami kini menjalankan latihan hampir setiap hari.
“Sudah tentu, target kami adalah untuk menjadi juara, cumanya kami akan fokus pada setiap perlawanan dan kami menganggap setiap perlawanan seperti perlawanan akhir,” katanya kepada Ismaweb.
Selain itu, skuad Harimau Selatan ini juga mempertaruhkan keseimbangan antara pemain-pemain lama yang berpengalaman dan juga pemain-pemain muda.
Iqbal turut berharap agar kesemua pemain bersikap serius sewaktu latihan dan permainan serta mengikuti segala arahan dan taktikal jurulatih sepenuhnya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan