Piala Presiden Isma: Lang Merah FC selesa dengan status ‘underdog’, ingin contohi Leicester City

lang merah FC
JITRA, Isnin – Berbekalkan beberapa keputusan memberangsangkan dalam perlawanan persahabatan, termasuklah kemenangan 4-0 terhadap sebuah pasukan berstatus kelab yang menyertai liga tempatan di Kedah, skuad bola sepak Isma Kedah, Lang Merah FC selesa dengan gelaran ‘underdog’.

Pengurus pasukan Azam Ibrahim berkata, pasukannya ingin mencontohi semangat pasukan Leicester City yang bermain tanpa pemain bintang, tetapi mampu mendahului liga perdana Inggeris ketika ini dengan enam mata.

“Kita akan fokus pada setiap perlawanan seperti perlawanan akhir dan dengan semangat berpasukan yang cukup tinggi, saya yakin kita mampu pergi jauh dalam Piala Presiden walaupun bergelar pasukan ‘underdog’,” katanya kepada wartawan Isma Kubang Pasu.

Katanya, pasukan itu juga dijangka bakal mendapat sentuhan bekas legenda tengah Kedah, Radhi Mat Din.

Kedah menyandarkan harapannya kepada penyerang berbisa yang pernah bermain di liga bola sepak Australia, Mohammad Fikri Abd Rahim yang juga dikenali dengan jolokan Riyad Mahrez Kedah, dan kekentalan benteng pertahanan yang diketuai oleh Hakimi Amin.

“Kita menghormati kekuatan pasukan lain yang dilihat gah dengan provokasi di atas kertas, namun semuanya hanya akan ditentukan di hari perlawanan nanti,” kata Azam dengan penuh keyakinan.

BERITA BERKAITAN:

16 pasukan sahkan penyertaan Piala Presiden Isma

Isma komited lahirkan pemain bola sepak profesional, berakhlak

Az-Zahrah FC tonjol bakat pemain muda selincah Lionel Messi

Piala Presiden Isma: Pasukan KL sedia menyambar

Piala Presiden Isma: Banjir teruk tidak lemahkan pasukan Sarawak

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?