Saya anti-UMNO, bukan orang UMNO, kata Hadi Awang

tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang-1

MARANG, Ahad – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan bahawa beliau sebenarnya anti kepada UMNO, bukannya kepada ahli parti Melayu terbesar yang sedang berdepan dengan masalah dalaman itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau tidak akan menghadiri perhimpunan anti-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan bakal berlangsung 27 Mac ini.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, Abdul Hadi berkata:

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas himpunan anti-Najib selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?