Trafik lebuh raya mula sesak cuti Tahun Baru Cina

sesakan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, Jumaat – Aliran trafik dari ibu negara menghala ke Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan mulai sesak petang ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik bagi arah utara dilapor sesak sepanjang tiga kilometer dari Jawi ke Bandar Baharu, manakala trafik juga perlahan dari Slim River ke Sungkai akibat kemalangan kecil di KM366.7 di laluan itu.

“Bagi arah selatan, hanya satu laluan dari Senai ke Pulai menghala ke utara dilaporkan sesak sepanjang dua kilometer disebabkan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik ke arah Pantai Timur di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian