‘Ustaz Kasanova’ mengaku salah enam pertuduhan syariah
KUALA LUMPUR, Isnin – Seorang lelaki yang sebelum ini digelar ‘ustaz kasanova’, Mohd Razis Ismail, 34, mengaku salah terhadap enam pertuduhan melakukan jenayah syariah di di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Dia mengaku salah atas semua pertuduhan membabitkan persetubuhan luar nikah, percubaan poligami tanpa kebenaran mahkamah dan perkahwinan tanpa kebenaran pendaftar negeri bermastautin.
Pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz dan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan terbabit mengikut Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 133 dan Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin.
Mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman bagi semua kes yang dihadapi Mohd Razis yang bekerja sendiri.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan