1MDB minta Rafizi henti campur tangan siasatan PAC

rafizi-ramli

BANGI, Khamis – Syarikat milik kerajaan, 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya menghentikan campur tangannya dalam proses siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

1MDB dalam satu kenyataannya semalam berkata syarikat itu difahamkan bahawa Rafizi telah membuat laporan polis terhadap pengurusan kanan 1MDB.

“1MDB mengesahkan bahawa pasukan pengurusan kanan akan bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan yang difikirkan wajar oleh pihak polis.

“Rafizi mendakwa bahawa beliau telah mendedahkan kepada umum maklumat sulit berkaitan dengan perkara tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Sekiranya apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah benar, maka ini secara jelas melanggar undang-undang…sekurang-kurangnya mengejutkan dan lebih teruk datang daripada seorang Ahli Parlimen,” menurut kenyataan itu.

Ia menyebut: Dakwaan Rafizi untuk membuat pendedahan merupakan sebahagian daripada siasatan PAC, sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen dengan dianggotai lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima anggota pembangkang.
 
“Tidak ada keperluan untuk Rafizi mensensasikan apa yang sudah disiasat dan tidak kurang juga secara jelas melanggar undang-undang dengan berbuat demikian.
 
Syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu berkata mereka sentiasa berpendirian secara konsisten bahawa jika terdapat sebarang salah laku, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang.
 
Kenyataan 1MDB itu adalah susulan laporan polis oleh Rafizi terhadap pasukan pengurusan kanan syarikat itu supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undaqng apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada lembaga pengarahnya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?