Rafizi kena kemuka bukti hari ini: LTAT

ltat

BANGI, Khamis – Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli diberi tempoh sehingga hari ini untuk mengemukakan bukti dakwaan kononnya sebahagian pesara tentera tidak menerima pembayaran gratuiti daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berikutan kelewatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melunaskan pembayaran.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam satu kenyataan berkata LTAT akan mengambil tindakan undang-undang jika Rafizi gagal berbuat demikian kerana cuba memfitnah untuk memusnahkan reputasi dan kredibiliti LTAT.

“Oleh kerana Rafizi mendakwa melalui media kononnya sebilangan anggota tentera yang bersara tidak menerima pembayaran gratuiti, kami ingin meminta butiran anggota tentera ini daripada beliau.

“Jika Rafizi gagal mengemukakan nama anggota tentera yang telah bersara seperti didakwa sebelum 31 Mac (esok), kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?