Ringgit ditutup 3.897 berbanding dolar AS

ringit

KUALA LUMPUR, Khamis – Ringgit berada pada kedudukan untuk meneruskan momentum kenaikan berbanding dolar AS, dan dijangka menguji paras tambatan 3.80 dalam tempoh terdekat.

Unit tempatan mengekalkan aliran meningkatnya berbanding dolar AS untuk ditutup pada 3.897 hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan, berikutan sokongan berterusan daripada pelabur.

Unit tempatan ditutup pada 3.8970/8070 berbanding dolar AS daripada 3.9385/9455 semalam.

Naib Presiden Pembangunan Korporat dan Ketua Penganalisis Pasaran FXTM, Jameel Ahmad dilaporkan sebagai berkata, ringgit kini meningkat dan pulih daripada penurunan pada tahun lepas.

Beliau berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan ringgit ialah peningkatan harga minyak yang kini melebihi AS$35 setong.

Katanya, ia kelihatan harga minyak akan diniagakan antara AS$35 setong dan AS$44 setong, mewujudkan keyakinan dan lebih positif untuk Malaysia, yang merupakan negara pengeksport minyak.

“Kelihatannya penurunan ringgit mungkin berakhir,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?