Sultan Nazrin sampai tauliah pelantikan kepada pegawai masjid dan kariah

- gambar Bernama

Bernama

TANJUNG MALIM, Jumaat – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan penganugerahan tauliah pelantikan 507 anggota jawatankuasa kariah dan pegawai masjid bagi daerah Tapah, Kampung Gajah, Teluk Intan dan Muallim.

Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu diadakan di Dewan Seri Tanjung di sini.

Sebanyak 338 pegawai masjid membabitkan imam dan bilal dari daerah Muallim (40), Tapah (68), Kampung Gajah (62) dan Teluk Intan (168) menerima watikah pentauliahan itu bagi tempoh tiga tahun bermula bulan ini hingga 2019.

Setiap pengerusi jawatankuasa kariah masjid dari 169 masjid di empat daerah itu turut menerima pentauliahan berkenaan.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Selepas santapan tengah hari, Sultan Perak berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II di Slim River dekat sini.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?