Tiada rancangan untuk tutup sekolah vernakular

Datuk Seri Mahdzir Khalid

BANGI, Khamis – Kementerian Pelajaran hari ini memberitahu bahawa pihaknya tidak ada sebarang perancangan untuk menutup sekolah vernakular bagi memberi laluan kepada sekolah kebangsaan.

Menterinya,dalam satu jawapan bertulisnya di Parlimen berkata, Seksyen 28 Akta Pendidikan menetapkan peruntukan untuk membina dan mengekalkan sekolah vernakular.

“Bagaimanapun, sekolah yang telah dilabel sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), dan tidak menunjukkan peningkatan dalam bilangan muridnya dalam tempoh dua tahun boleh ditutup oleh kementerian.

“Kementerian mempunyai hak untuk menyerahkan operasinya ke sekolah lain yang mempunyai lebih banyak potensi dalam mendaftarkan murid-murid,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh berhubung pendirian kementerian itu mengenai sekolah vernakular.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?