Tun Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Proton, Canselor UTP

01-tun-dr-mahathir

BANGI, Khamis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa semalam.

Pejabat bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar, semalam.

“Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa 30 Mac 2016.

“Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), juga berkuat kuasa pada 30 Mac 2016. Keputusan beliau telah dimaklumkan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim,” kata kenyataan itu menerusi blog Dr Mahathir, chedet.cc

Dr Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Tioman (Tida).

Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai perletakan jawatan itu.

Sebelum ini, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan tidak menyambung khidmat Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?