43 tangki statik, 16 lori tangki atasi masalah air di Chini

air1

KUANTAN, Sabtu – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyediakan 43 tangki statik untuk membekalkan air mentah kepada peduduk di Chini, dekat sini yang terjejas akibat fenomena El-Nino.

PAIP dalam kenyataan berkata sehingga semalam, bekalan air juga disalurkan menerusi 16 lori tangki yang dihantar ke kawasan tinggi Chini 3, 4 dan 5 yang mengalami masalah sumber air mentah terawat.

“Sebanyak 4,500 akaun pengguna terjejas akibat masalah bekalan air di loji air Chini,” kata kenyataan itu di sini, hari ini. 

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata air bukit berhampiran Pusat Latihan Felda Chini yang menjadi tumpuan penduduk sejak musim kemarau lalu sebagai tidak selamat digunakan dalam masakan atau diminum.

Beliau berkata ujian terhadap sampel air yang diambil Rabu lalu mendapati air berkenaan positif bakteria coliform dan e-coli. 

Sehubungan itu, Dr Zainal Ariffin menasihatkan penduduk sekitar untuk menggunakan air berkenaan bagi tujuan domestik sahaja seperti mandi dan membasuh.

Dalam perkembangan lain, PAIP juga memaklumkan sebanyak 81 bilangan tangki statik, tujuh lori tangki, lima tangki PAIP dan dua tangki sewa serta tujuh lokasi ‘filling station’ diwujudkan untuk menyalurkan bekalan air kepada penduduk di Lipis yang terjejas akibat masalah air di Loji Air Jelai.

Dua tanker dan 29 tangki statik pula disediakan untuk kemudahan 360 akaun pengguna sekitar Mentakab, Lanchang dan Temerloh yang mengalami masalah air akibat kekurangan air di Loji Lubuk Kawah, Temerloh. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?