Daesh mungkin sasar Asia Tenggara: Penganalisis
SINGAPURA, Sabtu – Penganalisis memerangi keganasan menjangkakan kumpulan militant Daesh (IS) akan menyasarkan wilayah Asia Tenggara setelah kehilangan kuasa ke atas wilayah di Timur Tengah.
Katanya, sejarah kumpulan pengganas yang panjang di rantau ini dan peningkatan jumlah kumpulan pelampau yang menggunakan ideologi Daesh menjadikan ia menarik minat kumpulan militan itu untuk menyasarkan rantau ini.
Sasaran yang mungkin terlibat adalah Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura di mana rangkaian pengganas Jemaan Islamiyah (JI), kumpulan Jamaan Anshar Khilafah dan kumpulan Abu Sayyaf beroperasi.
Wakil Perkhidmatan Perundingan Keselamatan The Soufan Group (TSG), Patrick Skinner berkata rantau ini merupakan kawasan perlindungan yang mana kumpulan Daesh akan lebih suka terlibat.
“Mereka memerlukan tempat perlindungan, mereka memerlukan tempat untuk ahli mereka bergerak dan mereka memerlukan tempat untuk mengatakan ‘di sini bendera kita’,” katanya.
Ancaman keganasan di rantau ini didedahkan oleh seorang bekas pegawai di Agensi Perisikan Pusat ketika memberi keterangan pada Rabu lalu di hadapan Jawatankuasa Dewan untuk Keselamatan Dalam Negeri, Amerika Syarikat.
Katanya dalam laporan yang dikeluarkan oleh TSG, buat masa ini, militan Daesh masih belum wujud di wilayah Asia Tenggara, tetapi mungkin ia akan berbuat demikian pada tahun ini memandangkan kuasa mereka di Syria dan Iraq semakin lemah.
Analisis itu dilaporkan selepas militan Daesh kalah dalam satu siri peperangan dengan tentera bersekutu untuk mengambil semula bandar-bandar yang dikuasai oleh Daesh.
Peperangan terakhir yang dimenangi oleh kumpulan Daesh adalah kira-kira setahun lalu ketika mereka berjaya merampas Ramadi di Iraq.
“Sekarang, kebimbangan sedang dirasai di negara-negara Asia seperti Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura di mana militan Daesh boleh berada di mana-mana dalam keadaan sekarang,” katanya.
Penganalisis dari Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) mengesahkan bahawa militan telah memulakan kempen untuk mewujudkan pemerintahan khalifah Islam di Asia.
Dekan RSIS, Dr Joseph Liow mengingatkan negara-negara di Asia Tenggara untuk meningkatkan kawalan keselamatan dengan melakukan kerjasama dengan setiap negara di rantau ini bagi menghadapi ancaman keganasan kumpulan militan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan