Jawi serbu majlis makan malam ‘Mak Nyah’

104283370

KUALA LUMPUR, Isnin — Sebuah majlis makan malam anjuran kumpulan ‘mak nyah’ yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam.

Kira-kira 10 anggota penguatkuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan tiba di hotel pada jam 10 malam tadi.

Peguam dan aktivis, Siti Kassim yang menghadiri majlis berkenaan berkata, Jawi membuat serbuan ke atas majlis itu kerana pihak mereka menerima aduan bahawa terdapat Pertandingan Ratu Cantik di kalangan kelompok transgender diadakan seiring dengan majlis makan malam.

“Mak Nyah (transgender) ini mengadakan makan malam dan melakukan persembahan seolah-olah ia adalah satu pertandingan kecantikan dan setiap daripada mereka berpura-pura mewakili negara pilihan mereka.

“Pegawai Jawi memberitahu saya menganjurkan pertandingan ratu cantik bercanggah dengan undang-undang — ia ‘haram’ di Malaysia, berdasarkan fatwa,” kata Siti dalam laman Facebook.

Justeru, Jawi bertindak menghalang tetamu majlis yang dihadiri kira-kira 200 ‘mak nyah’ daripada meninggalkan lokasi sewaktu serbuan itu.

Siti memberitahu bahawa seorang penganjur turut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi oleh pihak Jawi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?