KRIM Kuala Pilah NGO pertama bantu aspek kerohanian pelajar di TMS

oleh Adli Adnan

Gambar kenangan bersama selepas program berakhir.

Gambar kenangan bersama selepas program berakhir.

KUALA PILAH, 30 April – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuala Pilah melalui Kelab Remaja Isma (KRIM) muncul NGO pertama yang membantu memperbaiki aspek kerohanian diri dalam kalangan para pelajar Tuanku Muhammad School (TMS) Kuala Pilah.

Ini merupakan susulan daripada program “Zero to SUPERHERO” yang merupakan kerjasama antara pihak KRIM dan juga TMS yang berlangsung dengan jayanya tempoh hari.

Gambar kenangan wakil KRIM Kuala Pilah bersama kaunselor TMS.

“Saya sangat teruja dengan kehadiran pihak KRIM untuk mengadakan program  bersama sekolah kami kerana belum ada mana-mana NGO yang masuk untuk memberikan khidmat motivasi dan kerohanian kepada para pelajar kami.”

“Saya berpendapat program kerjasama antara KRIM dan TMS yang berlangsung seperti hari ini harus diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa depan.”, ujar kaunselor TMS

Para peserta seronok melakukan LDK di dalam kumpulan.

Para peserta seronok melakukan LDK di dalam kumpulan.

Antara objektif utama program ini adalah untuk menyedarkan pelajar bahawa mereka adalah aset yang sangat bernilai kepada bangsa dan agama di samping menggilap potensi dalam diri remaja agar menjadi adiwira umat.

Program Zero to SUPERHERO kendalian Bro Hasan.

Program Zero to SUPERHERO kendalian Bro Hasan.

Program yang telah berlangsung selama satu hari ini telah menampilkan pelbagai tokoh belia yang hebat seperti saudara Hasan Syahidi dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti yang turut diadakan juga membuatkan para pelajar rasa sangat seronok dan bersemangat sepanjang program.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?