PRN Sarawak: Konflik PKR, DAP beri kelebihan pada PAS, kata Hadi

PAS-Abdul-Hadi

BANGI, Sabtu – Pertelingkahan dan konflik perebutan kerusi di antara rakan sekutu Pakatan Harapan, PKR serta parti rasis dan cauvinis DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak memberi kelebihan kepada PAS bagi memenangi beberapa kerusi di negeri itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertelingkahan berterusan yang berlaku di antara kedua-dua parti itu boleh memberi kelebihan kepada PAS.

“Kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihan raya boleh beri PAS manfaat. Ia adalah lebih baik bagi kita.

“Kita yakin untuk menang sekurang-kurangnya dua kerusi dan mungkin kawasan lain, seperti tempat di mana seorang bekas ahli DAP yang bertanding sebagai calon Bebas menentang DAP,” katanya kepada pemberita semalam.

Katanya, rakyat di Sarawak juga dilihat telah mula menerima parti itu sejak penamaan calon lagi.

“Penerimaan daripada rakyat Sarawak adalah baik sejak hari penamaan calon. Ia bukan sahaja orang Islam negeri itu malah juga kepada bukan Islam.

“PAS juga mempunyai calon wanita dan bukan Islam di 11 kerusi yang bertanding. Ini sudah cukup untuk menghantar mesej di Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, pertelingkahan di antara PKR dan DAP tercetus apabila gagal mencapai persetujuan berhubung pembahagian enam kerusi bagi pilihan raya negeri itu.

Ia berterusan apabila PKR berkeras untuk mempertahankan lima kerusi yang bertembung DAP meskipun rakan sekutu itu bercadang untuk menarik calonnya di Bukit Kitang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?