20,000 mati setiap tahun akibat merokok: Menteri Kesihatan

perokok-131029b

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Dianggarkan 20,000 rakyat Malaysia mati pada setiap tahun akibat komplikasi merokok, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S Subramaniam.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan setiap kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah World Health Organization (WHO) Framework Convention on Tobacco Control (FTCT) dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“KKM telah mensasarkan penurunan prevalen merokok kepada 30 peratus pada tahun 2025 dan seterusnya menuju ke penghujung permainan atau ‘End Game of Tobacco’ iaitu prevalen kurang dari 5 peratus pada tahun 2045.

“Matlamat ini akan dicapai melalui program-program yang telah diaturkan menerusi aktiviti-aktiviti Generasi Bebas Amalan Merokok atau Smoke Free Generation yang mensasarkan kanak-kanak yang lahir tahun 2009 dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, KKM juga mengambil langkah perkukuhkan perkhidmatan berhenti merokok melalui kerjasama di antara sektor awan dan swasta.

“Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit atau mQuit Services bertujuan meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan berhenti merokok bukan sahaja di fasiliti awam malahan di fasiliti swasta yang telah diiktiraf.

“Perkhidmatan ini bukan saja menawarkan perkhidmatan merokok kepada pengguna rokok konvesional tetapi kepada juga kepada pengguna rokok elektronik,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?