Ahli keluarga MS804 diminta beri sampel DNA

gettyimages-532488258-e1463669983824

KAHERAH, Rabu – Lebih 20 beg berisi cebisan tubuh manusia milik mangsa pesawat EgyptAir MS804 dibawa oleh tentera Mesir semalam untuk menjalani proses pengecaman di rumah mayat Zeinhom, Kaherah.

Ketua Pihak Berkuasa Perubatan Forensik Mesir, Dr. Sham Abdel Hamid berkata, cebisan dalam beg itu adalah kumpulan pertama yang akan menjalani proses pengecaman.

“Ini berikutan identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti berdasarkan keadaan mayat yang tidak sempurna. Cebisan mayat dijumpai ketika ini paling besar ialah sebesar tapak tangan.

“Jadi kita telah mula mengambil contoh darah daripada ahli keluarga untuk dipadankan bagi mengenal pasti mangsa,” katanya.

Setakat ini Dr Sham berkata, anggota keluarga mangsa tiba di rumah mayat tersebut awal pagi semalam, selepas diminta memberi contoh asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu proses pengecaman.

Menurut sumber forensik, tiada bahagian tubuh manusia yang lengkap ditemukan di lokasi kejadian, namun proses pengecaman penting bagi membolehkan mangsa dikebumikan dengan sempurna.

Setakat ini nahas pesawat MS804 masih kekal misteri berikutan pendedahan yang menyatakan juruterbang, Mohamed Said Ali Shoukair membuat penerba­ngan rendah untuk memadamkan kebakaran dalam pesawat itu.

Walaupun begitu, pakar forensik dan sumber siasatan kerajaan Mesir juga turut mengemukakan teori baharu bahawa terdapat satu letupan di dalam kapal berkenaan sebelum ia terhempas. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian