Ahli Parlimen kena sokong usul pinda akta Mahkamah Syariah: Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI / SEMINAR SOGOC II

KUALA LUMPUR, Sabtu – “Alhamdulillah tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya dibentangkan di Parlimen.”

Demikian ulasan awal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, ketika mengulas pembentangan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kelmarin.

Rang undang-undang itu adalah bagi membolehkan kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan dalam menjatuhkan hukuman berkaitan kes zina, qazaf, minum arak dan murtad.

Asyrah berkata, hukuman itu melebihi kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang hanya terhad mengenakan denda RM5,000 atau penjara tiga tahun dan enam sebatan.

“Dengan pindaan Akta 355 ini, diharap hukuman kepada jenayah tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yang ditetapkan syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya, semalam.

Selain itu, beliau mengingatkan bahawa pindaan berkenaan tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya membabitkan peluasan kuasa Mahkamah Syariah di bawah negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap semua Ahli Parlimen menerima dan menyokong usul itu serta menerimanya tanpa mencetuskan andaian tidak benar.

Bagaimanapun, usul itu dibantah bukan saja oleh parti rasis dan cauvinis DAP, malah komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, turut menyatakan tentangan mereka.

Bukan itu sahaja, seorang Ahli Exco Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun daripada MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong, turut mengisytiharkan keluar parti kerana membantah pembentangan usul itu yang akan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat, akan datang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian