‘Anak tak solat, macam mana nak doakan mak ayah?’

index

Oleh Syarifah Aisyah Syed Abd Halim, wartawan Isma Gombak

KUALA LUMPUR, Isnin – Pendidikan ilmu asas agama bagi anak-anak adalah bermula dari rumah.

Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustaz Ahmad Khairuddin berkata, ibu bapa memainkan peranan terbesar dalam pendidikan anak-anak sejak kecil.

“Tak semestinya ibu bapa perlu memiliki sijil tinggi dalam bidang agama untuk mendidik anak. Tak perlu jadi ustaz ustazah untuk ajar agama kepada anak-anak perkara asas dalam Islam. Paling penting, perkara asas sebagai seorang muslim itulah yang perlu disampaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah forum keibubapaan ‘Tarbiyah Iman dan Psikologi Anak-Anak’ dalam program Liqa Mahabbah anjuran I-Keluarga dan Isma Gombak di Keramat Mall Sabtu lalu.

Dalam program sama, Ahli Majlis Ulama Isma, Ustazah Maryam Shakirah Zulfakar memberi peringatan kepada ibu bapa agar berusaha melahirkan anak-anak yang saleh dan salehah.

“Mana mungkin anak yang tidak menunaikan solat akan mendoakan kebaikan kepada ibu bapa mereka. Adakah anak begini yang ingin kita lahirkan?,” katanya.

Beliau yang juga graduan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar berkata, anak-anak adalah aset berharga yang bermanfaat untuk ibu bapa pada masa akan datang.

“Ibu bapa yang cemerlang akan mendidik anak menjadi insan cemerlang. Oleh itu, Islam amat menitikberatkan pendidikan anak-anak bermula di peringkat bayi,” katanya.

Dalam pada itu, aktivis Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Azyati Yusof berkata, solat adalah perkara pertama dalam mendidik disiplin dalam diri anak-anak.

“Kalau anak jaga solat, seluruh kehidupan dia akan terpelihara. Dengan solat, anak belajar sikap menepati waktu dan kejujuran.

“Dia akan tetap menunaikan solat walaupun dalam bersendirian,” katanya dalam forum yang sama.

Selain itu, Dr Azyati berpesan kepada ibu bapa agar tidak terperangkap dengan kesibukan masa.

“Walaupun sibuk, pastikan ada masa sekurang-kurangnya lima minit untuk membaca Al-Quran bersama anak-anak,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?