Bank Negara buat aduan polis terhadap WSJ

Gambar: http://www.tv14.my/

Gambar: http://www.tv14.my/

KUALA LUMPUR, Sabtu – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung pendedahan terbaru syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas ditanya pemberita mengenai tindakan terhadap WSJ terhadap beberapa laporan 1MDB.

WSJ dalam satu laporan semalam menyiarkan surat yang didakwa tidak dimasukkan dalam laporan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB.

Laporan itu berkaitan dokumen bocor yang dari BNM kepada PAC berhubung pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Justeru Najib berkata, polis perlu menyiasat laporan itu kerana menerbitkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah satu perkara serius.

“Mereka (polis) perlu memberi jawapan kepada kita” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas berhubung kesahihan surat tersebut atau mana-mana dokumen.

“Saya tak tahu. Polis akan siasat. Kita perlu siasat terlebih dahulu,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian