Belanda pertahan kempen boikot Zionis

boycott

AMSTERDAM, Sabtu – Kerajaan Belanda menolak gesaan Israel untuk menentang kempen memboikot produk Zionis yang semakin mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Menteri Luar Belanda, Bert Koenders berkata, tindakan orang ramai menyertai kempen BDS (Boikot, Lupus, Sekat), merupakan hak kebebasan bersuara yang dipraktikkan oleh negara ini.

“Semua kenyataan atau pertemuan berhubung kempen BDS dilindungi oleh Perlembagaan Belanda dan Konvensyen Hak Asasi Manusia di bawah Kesatuan Eropah berhubung hak kebebasan bersuara,” katanya.

Kenyataan Koenders itu mendapat sokongan Duta Belanda ke Israel, Gilles Beschoor Plug yang turut mempertahankan kempen BDS sebagai sah dan dibenarkan di sisi undang-undang negaranya.

“Selagi kerajaan tidak menyatakan kempen itu salah, anda bebas menyertai atau berjuang untuknya,” kata Plug.

Belanda adalah negara kedua Kesatuan Eropah (EU) selepas Sweden yang menyokong rakyatnya menyertai kempen BDS.

Kempen ini adalah susulan penindasan dan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza sejak sekian lama. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian