Buku lucah dijual di PBAKL

uqasha nafsu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

SERDANG, Rabu – Tinjauan Ismaweb mendapati terdapat buku berunsur lucah dijual secara terang-terangan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beberapa buku di bawah terbitan syarikat Lejen Press didapati mengandungi unsur negatif tersebut dan salah satunya adalah buku bertajuk ‘Uqasha: Nafsu’ tulisan Maria Isabella yang mula diterbitkan Mac tahun ini.

Buku ini dijual kepada umum di booth Lejen Press yang bertempat di dewan A3.

Novel yang dijual pada harga RM23 ini berkisarkan kisah Uqasha, seorang gadis sosial dipertemukan dengan seorang ‘gayboy alim’ yang bernama Adam.

Uqasha dan teman lelakinya merancang sesuatu untuk menggoda Adam supaya tunduk kepada nafsu kelelakiannya.

Pelbagai usaha dilakukan Uqasha untuk mengambil hati Adam dan usaha itu dihuraikan melalui penceritaan lucah dan tidak wajar untuk pembaca di Malaysia secara amnya.

Anehnya, buku ini merupakan antara buku ‘Best Seller’ malah sudah mencapai 2.9 juta pembaca atas talian.

Menurut maklumat yang diterima Ismaweb, buku yang mempunyai unsur sebegini bukanlah sesuatu yang baru malah sudah lama bertapak di negara ini.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana bahan bacaan ini mendapat kebenaran untuk diterbitkan serta dijual kepada umum kerana seolah-olah tiada tapisan dibuat oleh pihak berkenaan.

Pesta Buku yang dijalankan pada setiap tahun ini telah bermula 29 April lalu dan akan berakhir pada 9 Mei.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?