Dana mana PM guna untuk PRK, soal Tuan Ibrahim

ibrahimtuanman_20092014_840_560_100

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Rabu – “Dana siapa pula yang bakal digunakan untuk kedua-dua PRK kali ini?,” soal Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 sebelum ini, BN mendakwa dibantu dengan wang ‘derma’ daripada saudagar Arab, namun katanya dana mana pula yang akan digunakan parti pimpinan Najib itu untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti.

“Menurut Menteri di JPM Datuk Seri Azalina Othman, kerajaan BN telah menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak sempena pilihan raya negeri.

“Berapakah jumlah yang kerajaan pusat BN bakal janjikan pula sempena pilihan raya kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar yang bakal menjelang memandangkan dua PRK ini menjadi referendum penting bagi nyawa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan pertempuran sengit bakal berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan melihat janji RM792 juta pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, baru-baru ini.

“RM792 juta janji di PRN Sarawak, berapa banyak pula untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

“Saya percaya tiada siapa di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM dan pemimpin BN membuat kenyataan seperti “GST diterima rakyat”, “Rakyat percaya tiada salahlaku pada derma RM2.6 bilion”, “BN sememangnya menjaga rakyat”, “Rakyat percaya PM tidak terlibat dengan 1MDB”, “BN kerajaan yang bersih” dan sebagainya sekiranya BN memenangi PRK ini seperti yang terjadi di Sarawak.

“Diharapkan pihak pembangkang yang tidak sudi membantu PAS, jangan mengambil sikap menyusahkan sambil memudahkan kerja BN mencapai kemenangan di kedua-dua PRK ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian