DAP tuduh BN, PAS kerjasama bentang RUU hudud tujuan politik
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis DAP, tidak senang duduk selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan Rang Undang-Undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.
Ini berikutan dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa PAS dan BN bekerjasama untuk membentangkan usul berkenaan di Parlimen bagi tujuan dan kepentingan politik.
“Ini adalah kerjasama antara UMNO dan PAS … antara BN dan PAS,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Malah Guan Eng mendakwa, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman negara.
“Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),” katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berterusan menentang usul tersebut dengan menyifatkan bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa Abdul Hadi tidak mengikut Perlembagaan.
Sebelum ini, Hadi telah berjaya membentangkan usul rang undan-undang persendirian itu di Parlimen, namun meminta supaya ia dibahaskan pada persidangan Parlimen akan datang.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan