Dialek Hulu Terengganu akan dibukukan

P3171327
HULU TERENGGANU, Jumaat – Kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM50,000 untuk membuat kajian mengenai dialek atau loghat pertuturan orang Hulu Terengganu bagi mengelak ia hilang ditelan arus kemodenan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, di Hulu Terengganu terdapat lebih 30 loghat Orang Ulu (Hulu Terengganu) yang patut dibukukan.

“Walaupun antara satu kampung dengan kampung yang lain begitu dekat, namun percakapan mereka agak berbeza dengan loghat kampung masing-masing.

“Kita bimbang jika dialek itu tidak dibuku, ia akan hilang begitu sahaja apabila anak-anak kita sekarang sudah malu bercakap dengan loghat kampung mereka, setelah berkahwin atau belajar di luar Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah itu, di sini hari ini.

Tengku Putera berkata, projek kajian yang berpusat di Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu itu akan diterajui Pejabat Pelajaran Daerah itu dan dibantu guru-guru serta pelajar kolej berkenaan.

Katanya, ini salah satu cara untuk mengekalkan loghat yang kaya dengan khazanah zaman berzaman serta keunikan yang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Beliau berkata, projek itu akan dijalankan secepat mungkin dan dijangka mampu disiap dan dapat dilancarkan pada Hari Guru tahun hadapan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian