Exco Kedah keluar MCA bantah RUU hudud

hudud-mca1

SUNGAI PETANI, Sabtu – Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang juga Ahli Exco negeri mengumumkan keluar daripada parti itu, sebagai bantahan susulan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Parlimen, kelmarin.

“Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan,” kata Dr Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Gurun pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membuat keputusan mengenai kedudukan sebagai Exco.

Bagaimanapun Dr Leong berkata, beliau akan kekal sebagai Adun Gurun.

Kelmarin, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat, walaupun ia akan dibahaskan pada sidang akan datang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian