Forum Sudut Pandang bincang isu RUU Mahkamah Syariah 4 Jun ini

forumOleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – Forum Sudut Pandang Siri Keempat akan dianjurkan pada Jumaat ini dengan tajuk perbincangan RUU 355: Memperkasa Mahkamah Syariah, Realiti Dan Cabaran.

Forum kali ini dianjurkan oleh Portal Islam dan Melayu www.ismaweb.net dan Arus Baru.

Wakil penganjur, Rasyidah Arsyad berkata, isu Rang Undang-Undang Akta 355 ini dipilih sebagai tajuk adalah kerana ramai pihak keliru dalam memahami usul persendirian PAS.

“Oleh itu, kita mahu isu ini dikupas menurut perspektif yang betul berdasarkan panduan Perlembagaan dan syariat Islam,” katanya.

Forum ini akan diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi bermula jam 8.30 malam.

Forum Sudut Pandang dengan slogan Suara Baru Ummah kali ini akan menampilkan Aktivis I-Peguam, Aidil Khalid, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dan Dr Muhammad Irfan Mohd Salmi sebagai moderator.

Sebelum ini pada 23 Mei, Forum Sudut Pandang telah membincangkan isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut: http://bit.ly/regviewpoints

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian