Hadi minta tangguh bahas RUU hudud pada sidang Parlimen akan datang

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

BANGI, Khamis – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Rang Undang-Undang Persendirian mengenai hudud yang dibentangkannya di Dewan Rakyat hari ini dibahaskan di sidang Parlimen pada Oktober nanti.

Ahli Parlimen Marang itu telah membentang rang undang-undang tersebut kepada Dewan Rakyat pagi tadi, dan membuat permintaan untuk ia dibahaskan pada persidangan akan datang.

Rang undang-undang itu disenaraikan sebagai item No.15 iaitu yang terakhir dalam peraturan mesyuarat.

Sebelum ini, Abdul Hadi dua kali telah mengemukakan notis bagi usul RUU Hudud untuk meminda Akta 355 itu iaitu pada Persidangan Dewan Rakyat pertama dan kedua Mac serta Mei tahun lalu.

Usul itu telah disenaraikan dalam Kertas Aturan Mesyuarat pada kedua-dua sidang berkenaan, namun tidak sempat dibahaskan.

Mac lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS dijangka membentangkan RUU Hudud pada sidang Dewan Rakyat akan datang, berdasarkan kepada ‘maklum balas positif’ daripada Kerajaan Persekutuan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian