Harga petrol, diesel kekal
BANGI, Selasa – Kementerian Kewangan mengumumkan harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi bulan Jun 2016, tidak berubah.
Pengumuman harga rasmi bagi ketiga-tiga bahan api itu dimaklumkan menerusi pekeliling yang diedar di stesen minyak selepas jam 8 malam tadi.
Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada harga RM1.70 seliter dan RON97 berharga RM2.05 seliter, manakala bagi diesel pada harga RM1.55 seliter.
Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan