ISMA gerakan Islam yang mendahului parti politik

isma3001

Sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang sederhana serta sentiasa mendukung agenda Islam, ISMA dilihat terlebih kehadapan dalam pemikiran membawa agenda Islam yang ‘menongkah arus’ pada situasi dan masanya.

Mana tidaknya, ketika parti politik Islam di Malaysia, PAS ‘bertahaluf siyasi’ atau bekerjasama dengan DAP sejak PRU 12 tahun 2008, ISMA lantang membantah dan meminta PAS mengkaji semula kerjasama tersebut.

Dan hari ini semakin jelas bantahan ISMA adalah berasas, apabila RUU perlaksanaan undang-undang syariah hendak dibentangkan, maka ahli-ahli Parlimen daripada DAP mempertikai dan tidak kurang juga daripada sekutu Pakatan Hampaan (PH) daripada PAN juga turut mempersoalkannya.

Sekali lagi ISMA menongkah arus dengan melaungkan slogan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ secara lantang sejak tahun 2011 dan slogan tersebut, pada masa itu dilihat provokatif dan ada juga menyatakan rasis, maka hari ini slogan tersebut jelas dilihat semakin relevan apabila kesepakatan Ahli Parlimen Melayu menjayakan Usul RUU Bil Peribadi berkenaan undang-undang perlaksanaan syariah Islam berjaya dibentang di Parlimen buat julung kalinya.

Walaupun ISMA dilihat seolah NGO dan Gerakan Islam yang dikatakan sebahagian pihak sebagai kecil dan ‘budak’ namun suara, pemikiran, pandangan dan kualitinya tinggi jauh ke depan. Janganlah dipandang rendah serta tidak endah kepada suara yang dibawakan ISMA supaya maruah Islam dan bangsa Melayu tidak menjadi seperti ibarat pepatah; sudah terhantuk, baru terngadah!

Menanti sinar mentari agar RUU 355 dan segala usul yang meninggikan lagi kedaulatan undang-undang serta hak Islam, disokong semua Ahli Parlimen Muslim tanpa berkecuali melainkan bagi mereka yang jelas persekongkolannya dengan musuh Allah.

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”
“Islam Berdaulat, Malaysia Sejahtera”

Muhammad Zulfikar Azlan Bin Mohd Shariff
Pelajar Sarjana Muda Sains Politik

Penafian: Tulisan di atas, adalah pandangan peribadi sebagai seorang pelajar Sains Politik dan pencinta Agama, Bangsa dan Negara. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana. Ia juga tidak mewakili pendirian Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian