Isma pertubuhan Islam giat dan aktif: Hikmah Sarawak

hikmah sarawak
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Harakah Islamiah (Hikmah), Haji Alwi Haji Morshidi melihat perkembangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam begitu pesat meskipun tahun kewujudannya masih baru berbanding Hikmah sendiri.

Katanya, Hikmah sebagai organisasi dakwah bermula pada tahun 1969 dan genap tahun ini mereka sudah bertapak selama 46 tahun di persada dakwah di Sarawak.

“Namun demikian kita tak selaju seperti apa yang telah dilaksanakan di pihak Isma. Kita melihat Isma telah bergerak dengan begitu laju daripada 1997.

“Belum sampai lagi 20 tahun, tahun depan baru 20 tahun tetapi perjalanannya sungguh laju, kita tengok sumbangan yang telah dilakukan oleh Isma merupakan suatu perkembangan yang suatu giat berbanding dengan kita di Hikmah. Saya mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada pihak Isma,” katanya di Majlis Lawatan Mahabbah Hikmah yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya, semalam.

hikmah sarawak 2

Menyentuh mengenai peluang dakwah di Sarawak, Haji Alwi berkata, ianya adalah cabaran dalam lingkungan lebih besar kerana hanya 30 peratus masyarakat Sarawak beragama Islam manakala selebihnya adalah bukan Islam.

Dengan bilangan minoriti itu, dari sudut positifnya beliau melihat bahawa ini adalah peluang berdakwah dalam kerangka yang lebih besar.

“Berbanding dengan negeri Semenanjung, sudah majoriti beragama Islam cuma mungkin perlu memantapkan jiwa dakwah kepada rakan-rakan Muslim kita supaya ianya diperkembangkan dengan lebih giat lagi di kalangan orang Islam.

“Kita bukan tak mahu melajukan perahu kita, tetapi disebabkan kita minoriti dan setiap langkah perjalanan kita diperhatikan oleh kaum-kaum penduduk majoriti di Sarawak.

“Maka, langkah yang kita lakukan perlulah berhati-hati. Sensitiviti agama dan perkauman memang agak besar di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selama ini Hikmah hanya menjalankan misi dakwah secara sendiri dan berjuang untuk berdakwah di kawasan pedalaman.

Justeru, beliau menyeru sokongan padu daripada NGO-NGO Islam di seluruh Malaysia dan dunia untuk bersama mereka melakukan kerjasama bagi menggiatkan usaha dakwah di Bumi Kenyalang itu.

BERITA BERKAITAN:

Isma, Hikmah jalin hubungan lebih kukuh rentas Malaysia Timur

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian