Kartunis terkenal Zoy meninggal dunia

Picture1

BANGI, Khamis – Kartunis terkenal Zoy atau Mohd Zohri Sukimi, 57 tahun, meninggal dunia di Hospital Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira jam 4 pagi tadi akibat komplikasi usus.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai Ketua Unit Grafik Berita Harian bersara pada 15 Disember 2014 menerusi Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS).

Dikenali menerusi karya Takluk Jagat, Pendekar Sijangkang dan Keris Gajah Sewu, Badai Selatan, Allahyarham juga pernah menjadi kartunis tetamu untuk majalah terkenal APO dan karyanya masih diterbitkan di Berita Harian pada setiap hujung minggu.

Menurut anak sulung Allahyarham, Mohd Iqbal Razi Mohd Zohri, 33, bapanya mula berkecimpung dalam dunia kartunis sejak di bangku sekolah dan karya-karyanya pernah diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.

“Walaupun arwah ayah telah bersara dua tahun lepas, beliau masih aktif menghantar karyanya kepada Berita Harian dan masih diterbitkan,” katanya.

ultratsunami zoy bminggu

Sementara itu, Setiausaha Kelab Kartunis Malaysia, Buhairi Ramli pula menyifatkan kehilangan Mohd Zohri pastinya memberi impak besar dalam industri kartunis negara memandangkan Allahyarham merupakan pelopor kartun berciri pendekar.

“Dunia kartunis negara amat merasai kehilangan arwah Zoy dan pastinya akan merindui kartun-kartun silatnya kerana selama ini, Allahyarham adalah rujukan kepada kami untuk menghasilkan karya berkaitan silat memandangkan Allahyarham ada latar belakang dalam persilatan,” katanya.

Allahyarham Mohd Zohri meninggalkan seorang isteri , empat orang anak serta tiga cucu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Sijangkang, Banting, dekat sini kira-kira 11.30 pagi tadi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?