Kementerian Kewangan umum ahli lembaga pengarah baharu bagi 1MDB

KUALA LUMPUR 13 October 2014. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada program MHI mengenai Bajet 2015 di Sri Pentas, Bandar Utama. NSTP/Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR, Selasa — Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menggantikan lembaga pengarah sebelum ini yang meletakkan jawatan secara rasmi hari ini.

Lembaga Pengarah baharu yang dianggotai tiga orang itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan bagi Ketua Setiausaha Kerajaan Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd Datuk Kamal Mohd Ali. 

Bagaimanapun, Arul Kanda akan kekal sebagai Presiden 1MDB, kata Kementerian Kewangan.

“Perubahan ahli lembaga pengarah itu mencerminkan hala tuju baharu 1MDB sebagai sebuah syarikat bukan operasi, menumpukan kepada menyelesaikan pelan rasionalisasi dengan jayanya dan melaksanakan pembayaran hutang pada masa depan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Kewangan (Diperbadankan) melahirkan penghargaan dan terima kasihnya kepada ahli lembaga pengarah sebelum ini yang kekal komited dan mengemudi syarikat itu mengharungi tempoh mencabar, yang membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi tersebut.

Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang memegang 100 peratus saham 1MDB, gembira untuk mengesahkan ia telah melaksanakan cadangan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meminda Artikel Penubuhan 1MDB, berkuat kuasa 31 Mei, 2016.

Ini termasuk, antara lainnya, pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, penghapusan Artikel 117 semasa dan menukar semua rujukan daripada ‘Perdana Menteri’ kepada ‘Menteri Kewangan.

Pindahan pemilikan Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, Air Itam dan Pulau Indah land kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) sedang berjalan lancar, dan pengumuman seterusnya akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara itu. — Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian