Khir Toyo bebas

Khir toyo

PETALING JAYA, Jumaat – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini  menamatkan tempoh parol selepas enam bulan menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Parol selama dua bulan diberikan setelah Ahli Lembaga Parol bersetuju meluluskan permohonan yang dikemukakan peguam Dr Mohamad Khir.

Beliau dilaporkan menandatangani dokumen tamat parol pada pukul 9.40 pagi di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Klang.

Sepanjang tempoh itu, Dr Mohamad Khir perlu melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan perlu mematuhi 41 syarat yang dikenakan.

Antara syarat parol itu adalah beliau mesti berada di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya sepanjang tempoh parol.

Beliau juga mesti berada di rumah antara pukul 7 malam hingga 7 pagi dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan kepada media.

Dr Mohamad Khir, 51, menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula 29 September 2015 setelah Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah menggunakan kedudukannya bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam untuk dirinya dan isteri yang bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Beliau kemudian menjalani perintah parol bermula 29 Mac lepas setelah menjalani enam bulan hukuman penjara.

Dr Mohamad Khir yang merupakan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, dan menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian