Mahkamah tangguh hukuman tertuduh kes Low Yat

photo_2016-05-24_17-39-42

Pergaduhan tercetus di Plaza Low Yat tahun lalu selepas peniaga Cina didakwa menipu seorang remaja Melayu.

KUALA LUMPUR, Selasa – Mahkamah Majistret di sini hari ini menangguhkan hukuman penjara ke atas seorang penganggur, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, yang didapati bersalah mencuri telefon bimbit dalam satu kes kontroversi di Plaza Low Yat tahun lalu.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor membenarkan permohonan peguam Shaharudin Ali yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan terhadap keputusan hari ini dan mengekalkan jaminan RM3,000 didengar di Mahkamah Tinggi.

Shaharudin membuat rayuan itu ketika Nur’Aminahtul Mardiah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 ke atas Shahrul, selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan.

Terdahulu ketika rayuan, Shaharudin memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah iaitu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik kepada tertuduh.

Shahrul Anuar dituduh mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada jam 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pada 24 Februari lalu, tertuduh sekali lagi dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan seorang mekanik menggunakan parang di Jalan Jelatek di sini pada 20 Februari.

Dalam kejadian pada Julai tahun lalu, satu pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati apabila ada peniaga Cina yang menjual peralatan telekomunikasi di Plaza Low Yat, dikatakan menipu seorang remaja kononnya telefon bimbit yang dibelinya adalah original.

Namun, selepas diperiksa kemudiannya remaja berkenaan mendapati telefon bimbit itu adalah tiruan dan kembali ke kedai terbabit untuk menuntut semula wangnya. Akibatnya berlaku pertengkaran, sebelum remaja itu mengambil telefon bimbit original dan meninggalkan tempat itu.

Peniaga terbabit bagaimanapun menjerit menuduh remaja itu mencuri, sebelum dia bersama beberapa peniaga lain dengan bantuan pengawal keselamatan menangkap remaja itu. Ada dakwaan mengatakan remaja itu turut dipukul.

Berikutan itu, ribuan pemuda Melayu berkumpul di plaza berkenaan sehingga tercetus pergaduhan antara dua kumpulan.

Hasil aduan orang ramai yang sering ditipu di Plaza Low Yat, itu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan operasi pemeriksaan di 120 premis dan merampas 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian