MAIPs terus komited wujudkan peluang pembangunan sosioekonomi asnaf

1-230

KUALA PERLIS, Selasa – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf di negeri ini melalui 45 skim bantuan zakat meliputi pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah skim tersebut dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu dari aspek keperluan semasa (sara hidup), perubatan, pendidikan, keusahawanan atau modal perniagaan, keagamaan dan kecemasan.

“Bantuan menerusi skim berkenaan diberi sejajar dengan peranan MAIPs sebagai institusi yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan ekonomi serta sosial masyarakat Islam di negeri ini selaras dengan kehendak syara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis usahasama MAIPs dan Kolej Komuniti Arau di Kuala Sungai Baru di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda bertitah MAIPs juga konsisten dalam menyalurkan kewangan berbentuk zakat dalam membantu peningkatan ekonomi golongan asnaf di negeri ini.

“Berdasarkan statistik pada 2015, MAIPs mengagihkan zakat RM144,732 melibatkan 64 penerima menerusi Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Fakir manakala RM346,872 melibatkan 238 penerima melalui Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Miskin.

Zakat seharusnya dikendalikan secara telus dan sistematik untuk meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan selain merapatkan jurang ekonomi masyarakat serta memelihara pembangunan sosial yang sihat, titah Raja Muda.

Sehubungan itu baginda bertitah MAIPs kini giat bekerjasama dengan agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) bagi meningkatkan keberkesanan agihan dan program transformasi asnaf.

MAIPs menjalinkan usahasama dengan Kolej Komuniti Arau bagi menubuhkan Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis di Kuala Sungai Baru, serta membimbing lima orang asnaf serta menyumbang RM129,547 untuk projek itu,” titah baginda.

Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mengumumkan kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini ialah RM7 berbanding RM6.50 pada tahun lepas. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian