Malaysia Airlines mesti lantik Bumiputera jadi CEO
BANGI , Selasa – Malaysia Airlines Berhad (MAB) harus memperbetulkan kesilapan dan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam kalangan pengurus Bumiputera untuk menggantikan Christoph R Mueller, kata bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.
“Kita telah merdeka selama 60 tahun. Ketika zaman saya di MAS, kita tidak menggajikan seorang pun warga kerja asing,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, MAB tidak bersedia untuk bersaing di bawah dasar terbuka selepas pembuangan pekerja dan penjualan pesawat
“Pembuangan ribuan pekerja bukan satu langkah yang terbaik dan jika dana yang ada digunakan sebaiknya tidak perlu ada pembuangan pekerja,” katanya.
MAB juga terpaksa menanggung lebihan kos bagi mendapatkan semula aset-aset yang pernah dilupuskan.
Pada Ogos 2014, Khazanah mengumumkan rancangan membabitkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAB bagi membolehkan syarikat penerbangan itu kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelang 2017.
“Jika mereka melantik warga kerja asing, individu itu tidak akan memahami keperluan untuk mematuhi dasar-dasar pengambilan pekerja oleh kerajaan,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan