MCA hormat keputusan Ridhuan Tee keluar parti

hx140102w42

KUALA LUMPUR, Isnin – Parti perkauman dan anti-Islam, MCA kini sedang memproses penarikan diri penceramah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dari parti.

Tindakan itu dibuat susulan pengumuman awam mengenai niatnya untuk berbuat demikian.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Penganjur MCA, Yoo Wei How berkata, parti itu menghormati keputusan Ridhuan Tee untuk meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan bahawa MCA adalah sebuah parti anti-Islam.

“Salah satu daripada prinsip-prinsip pengasas MCA adalah untuk menegakkan dan melindungi sistem demokrasi berparlimen yang berbilang kaum, dan memastikan bahawa hak-hak sah rakyat Malaysia Cina dan rakyat Malaysia yang lain di bawah Perlembagaan Persekutuan diiktiraf dan dilindungi.

“Memandangkan Ridhuan tidak boleh bersetuju dengan prinsip-prinsip pengasas MCA, dan telah mengumumkan menarik diri melalui media, MCA telah memulakan prosedur untuk beliau menarik diri daripada parti,” katanya yang dipetik daripada portal Malaysiakini.

Yoo memberitahu bahawa Ridhuan telah didaftarkan sebagai ahli sepanjang hayat dalam Selangor sejak 18 Disember 2000.

Beliau adalah seorang ahli biasa dan tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Awal hari ini, Ridhuan Tee memberitahu Ismaweb.net secara eksklusif bahawa beliau ingin keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan, tetapi terpakai untuk semua negeri-negeri di Malaysia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian